Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kafe Cendol Madu `Terangkat'


Ternyata usaha gigih seorang bekas kakitangan bank menjalankan perniagaan berasaskan makanan tidak sia-sia apabila Kafe Cendol Madu miliknya yang mula beroperasi akhir tahun lalu, mendapat sambutan luar biasa daripada penggemar cendol.
Bagi penduduk sekitar Kuala Terengganu, cerita kemasyhuran cendol yang dijual di sebuah kedai makan di Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu itu memang sudah tidak asing lagi.
Entah apa rahsia ramuannya, cendol yang diusahakan oleh Hassan Mohd Salleh,44, dan isteri Norhafiza Ahmad,43, sangat diminati bukan sahaja penduduk tempatan, malah pengunjung luar termasuk dari negeri jiran.
“Impian saya untuk membuka sebuah kedai berkonsepkan santai akhirnya tercapai. Alhamdulillah, bermula hanya dengan empat meja, kini kira-kira 500 mangkuk cendol habis dijual setiap hari.
“Berikutan sambutan yang menggalakkan dan bagi memenuhi keselesaan para pelanggan yang datang berpusu-pusu terutama pada hujung minggu, musim cuti sekolah serta cuti umum, ruang kedai terpaksa diperbesarkan,” katanya.

Menurut Hassan, terdapat sebelas jenis cendol dijual di kedainya dan yang paling laris adalah cendol durian.
“Menu lain adalah cendol pulut, laici, kacang, pauh, nangka madu, tapai pulut, ais krim, tapai ubi, biasa dan yang paling istimewa adalah cendol mewah iaitu gabungan ais krim, kacang, laici dan pulut,” ujarnya.
Katanya, bagi mencapai tahap seperti sekarang bukan sesuatu yang mudah kerana setiap maklum balas pelanggan diberi perhatian dan menu sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa.
Jelas Hassan, selain menyediakan cendol, kedai makannya yang beroperasi setiap hari kecuali jumaat mulai pukul 10.30 pagi hingga 7 petang, turut menjual roti bakar telur goyang, roti bakar telur goyang (ayam kampung), roti bakar madu, telur arong ayam kampung dan pelbagai jenis minuman.
Hassan berkata, dia berhasrat untuk mengukuhkan lagi perniagaan cendol madu yang diusahakan itu supaya dapat diwarisi oleh lapan anaknya suatu hari nanti.

No comments: