Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Jangan Percaya Khabar Angin-MB

Ahmad Razif bersama isteri mengagih ole-oleh dari Mekah kepada tetamu . Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
Ahmad Razif Abd Rahman meminta rakyat di negeri ini tidak terpengaruh dengan khabar angin mengenai pertukaran jawatannya sebagai Menteri Besar

Katanya, suasana politik di Terengganu adalah stabil dan tiada apa-apa yang berlaku mahu pun bakal berlaku sebagaimana yang diperkatakan sejak beberapa hari lalu melalui cakap-cakap mahupun viral.

“Tindakan seumpama tersebut seolah-olah untuk menimbulkan konflik sesama kepimpinan negeri.

 “Saya akan terus mengetuai kepimpinan negeri ini, mahu maju ke hadapan, tanpa fikir perkara remeh, sebaliknya bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian  kepada pemberita pada  Majlis Menyambut Kepulangan Menteri Besar Dan Isteri Dari Menunaikan Ibadat Haji di Kediamam Seri Iman, Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh.

Baru-baru ini sebuah akhbar melaporkan Ahmad Razif antara empat Menteri Besar yang akan ditukar oleh pucuk pimpinan (BN) menjelang PRU-14.


Tiga lagi pertukaran dipercayai melibatkan Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakub; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

No comments: