Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Ismail Manfaat Pengalaman Jadi Penternak Kambing Berjaya

Ismail memanfaatkan pengalaman menternak lembu menjadi penternak kambing dan biri-biri berjaya di Terengganu. Foto oleh Aminudin Ismail 

Bersandarkan pengalaman menternak lembu pada 1984, seorang pengusaha ternakan kambing dan biri-biri, Ismail Jusoh, 69, dari Kampung Padang Pulut, Dungun, mampu memanfaatkan kelebihan itu apabila kini bergelar penternak berjaya di negeri ini.
Walaupun terpaksa melalui beberapa rintangan termasuklah membiayai kos makanan (palet) yang semakin meningkat, tetapi penternak gigih ini mampu mengatasinya apabila dia kini memiliki kira-kira 300 ekor biri-biri termasuklah kibas yang menjadi permintaan pembeli dari seluruh Terengganu.
"Saya memang meminati bidang perternakan ini, dulu saya banyak berjalan untuk melihat cara bagaimana penternak lain menjalankan usaha mereka, saya bermula dengan menternak lembu pada 1984 dan beralih kepada kambing biasa pada tahun 2000 sebelum bertukar kepada menternak biri-biri dan kibas ini pada 2009.
"Pada mulanya saya hanya menternak kira-kira antara 15 hingga 20 ekor biri-biri dengan modal sekitar RM30,000 iaitu dari jenis 'long tail', 'barbados', 'dorper' dan 'suford', saya memilih untuk bertukar daripada menternak kambing kepada biri-biri ini kerana tempoh cukup umurnya lebih awal iaitu setahun berbanding kambing dua tahun," katanya.
Ismail berkata, walaupun harga biri-biri dan kibas yang diternaknya itu berbeza berbanding kambing biasa tetapi permintaan orang ramai agak menggalakkan kerana saiz yang lebih besar serta berpatutan dengan harga yang ditawarkan.
"Alhamdulillah pendapatannya dua kali ganda daripada penternak kambing dahulu, dalam sebulan saya dapat menjual sekitar 10 ekor sebulan bergantung kepada permintaan, paling murah harganya antara RM800 hingga RM1,000. Biasanya ada yang membeli untuk pembakaan selain untuk daging," katanya.
Menurutnya, permintaan untuk kibas juga menggalakkan dan ianya juga dijual dengan harga RM1,000 dan ke atas apabila beliau kini memiliki kira-kira 100 ekor kibas yang diternak bersama biri-biri.
Menurutnya lagi, selain memberi makanan yang dibeli (palet) beliau juga memberi makanan rumput napier yang ditanam sendiri di tanah seluas hampir satu hektar berhampiran kandangnya serta beberapa makanan tambahan yang lain untuk kesihatan dan tumbesaran kambing.
"Alhamdulillah kambing saya jarang terkena penyakit, haiwan ternakan saya diberi makan dua kali sehari oleh tiga pekerja termasuk dua suami isteri yang mengalami cacat pendengaran yang turut bekerja di sini," katanya

No comments: