Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Golongan Berpendidikan Tinggi Majoriti Tolak Suntikan Vaksin



Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mendakwa majoriti ibu bapa yang menolak suntikan vaksin adalah golongan berpendidikan tinggi selain berkerjaya sebagai guru dan penjawat awam.
Pengarahnya, Dr Mohamad Omar, berkata alasan yang diberikan adalah kerana meragui status halal haramnya, khuatir tentang kandungan vaksin dan tidak selamat kerana mengandungi racun, logam berat serta pengawet.
Katanya, pihaknya kesal dengan situasi itu walaupun Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan fatwa yang menyatakan vaksin adalah halal dan perlu diambil bagi mengelak risiko kematian.
“Ibu bapa lebih percaya sumber tidak sahih yang diperoleh daripada cakap-cakap kosong, internet dan edaran risalah oleh individu yang tidak bertanggungwab berbanding berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari pagawai perubatan bertauliah,”katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program Bicara Kesihatan Dari Perspektif Syariah peringkat Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Majlis itu dirasmikan isteri Menteri Besar, Halina Zakaria. Hadir sama, Mufti Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Zulkifly Muda.
Di Terengganu, sebanyak 175 kes atau 1.14 peratus daripada jumlah kelahiran mengambil keputusan menolak suntikan vaksin dicatatkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini.
Menyedari situasi itu, JKNT mengambil pendekatan secara agresif dengan mengadakan pelbagai program termasuk bual bicara, seminar dan jumlah secara personal semata-mata mahu menjelaskan kepentingan vaksin.

No comments: