Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Anda Mahu Jaket Percuma? Kerajaan Beri Perhatian Keselamatan Nelayan - Pehimi


Sebahagian nelayan negeri ini, khususnya nelayan pantai yang menggunakan bot kecil injin sangkut yang terdedah kepada bahaya semasa di lautan akan diberi bantuan jaket keselamatan.
Ia adalah sebagaimana yang dijanjikan oleh Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman bagi tujuan langkah keselamatan nelayan pantai dan mengelak dari perkara yang tidak diingini di laut.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, ia bakal diberikan dalam satu majlis akhir bulan ini sempena Kempen Keselamatan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu.
Difahamkan sepuluh orang Pengerusi Persatuan Nelayan dari Kemaman sampai ke Besut akan hadir mewakili nelayan nelayan terbabit yang berjumlah melebihi 2,000 orang bagi tujuan berkenaan.
Majlis penyampaian elaun sara hidup nelayan juga akan diadakan pada majlis berkenaan setelah Menteri Besar pulang dari menunaikan fardhu haji.
Kata Dato’ Pehimi, kesediaan Menteri Besar, Ahmad Razif memperuntukkan hampir RM300,00.00 untuk membeli peralatan keselamatan nelayan pantai, membuktikan betapa kecaknaan pemimpin Terengganu terhadap golongan nelayan.
“Nelayan adalah golongan yang turut menyumbangkan kepada pembangunan negeri melalui sector perikanan dan sebab itulah kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada mereka termasuk dalam soal keselamatan mereka semasa di laut untuk menangkap ikan,” katanya


No comments: