Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Ahmad Razif Berjumpa Jemaah Haji Terengganu Di Mekah Dan Melancarkan 'World Quran Hour'




Jemaah haji dari Terengganu yang berada di tanah suci Mekah hari ini berpeluang bersama sama Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri Puan Hajah Halina dalam satu perjumpaan di Hotel Abraj Janadriyah, tidak jauh dari Masjidilharam.

Lebih kurang 400 jemaah haji Terengganu menginap di situ pada masa ini, terletak cuma 650 meter dari Masjidilharam.

Semasa berucap kepada jemaah haji dalam perjumpaan itu, Ahmad Razif meminta semua jemaah menjaga kesihatan.


Pada petang tadi juga, Menteri Besar ke hospital TH Shisha, melawat Cikgu Nara bin Sidek , guru SMK Kompleks Gong Badak dan Puan Rosnani yang berasal dari Kg Geliga Kemaman yang sakit dan menerima.rawatan.

Ahmad Razif dan isteri petang tadi juga berkesempatan memberi sumbangan kepada Puan Junaini Abdul Rahman, isteri Allahyarham Che Isa bin Che Awang yang meninggal dunia pad a 25 Ogos baru baru ini di tanah suci.

Allahyarham dan Puan Junaini berasal dari Taman Adis Indah, Tok Adis Kuala Terengganu.

Ahmad Razif turut berkesempatan petang tadi melancarkan 'World Quran Hour' untuk menjurus ke arah mencintai Al.Quran, membaca dan menghayatinya dan melahirkan masyarakat yang Quranik.

Demikian Ahmad Razif Abd Rahman pembawa obor Transformasi Terengganu Baharu (TTB) .
Semoga Allah memberkati perjuangan suci beliau.


Laporan Khas Oleh : Ruslan Abdul Rahman




No comments: