Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Agro Peladang Johan Bangunan Swasta Dua Tahun Berturut-Turut


Komitmen berterusan bagi menceriakan suasana sekitar bangunan setiap kali sambutan bulan kemerdekaan menjadi faktor Peladang Agro  Resort (PARS), Setiu muncul johan Pertandingan Kecerian Bulan Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Terengganu, dua tahun berturut-turut.

PARS diumumkan sebagai johan bagi kategori bangunan swasta di majlis penyampaian hadiah pertandingan anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, di Kafe Bukit Panorama Kuala Terengganu, semalam, menganggap kemenangan itu adalah bertepatan dengan usaha mereka yang sentiasa menceriakan kawasan resort mereka dengan bahan-bahan yang membangkitkan patriotik setiap kali menyambut bulan kemerdekaan.

Pengurus Besar Resort itu, Ahmad Sanusi Ibrahim berkata, kemenangan itu adalah hasil usaha bersama setiap kakitangan yang sentiasa memberi sumbangan idea dan tenaga bagi menceriakan suasana kawasan sekitar resort itu dengan bendera serta maklumat mengenai kemerdekaan.

"Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut bagi kami, sememangnya resort ini sentiasa peka dengan sambutan bulan kemerdekaan sejak ianya mula dibuka lagi dan kami sentiasa menghiasi bangunan dengan bendera-bendera serta maklumat tentang kemerdekaan pada setiap tahun.

"Terima kasih kepada Jabatan Penerangan Negeri Terengganu kerana menganjurkan pertandingan ini kerana program itu secara tidak langsung akan memberi semangat patriotik kepada semua yang terbabit  sekali gus sama-sama menjayakan sambutan bulan kemerdekaan," katanya.

Sanusi berkata, pada sambutan bulan kemerdekaan tahun hadapan, beliau bercadang untuk mengadakan sambutan itu lebih meriah dengan menambah bilangan bendera dan gambar tokoh kemerdekaan bagi memberi semangat patriotik kepada kakitangan dan pengunjung resort itu.

No comments: