Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

600 Peserta Meriahkan Program Merdeka Kayuhan Patriotik




Lebih 600 peserta dari seluruh Terengganu memeriahkan Program Merdeka Kayuhan Patriotik Fun Ride 2016 yang bermula di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.

Program anjuran Biro Tata Negara (BTN) dengan kerjasama kerajaan negeri tersebut melibatkan kayuhan sejauh 30 kilometer dan turut berakhir di Pantai Batu Buruk

Speaker DUN, Dato' Mohd Zubir Embong berkata, sesuai dengan sambutan hari kebangsaan 2016, peserta yang menyertai kayuhan tersebut dilihat penuh bersemangat untuk menamatkan acara.


Zubir berkata, program mampu memupuk semangat sehati sejiwa apabila peserta yang menyertai kayuhan terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan peringkat usia.

“Saya nampak bahawa apabila mereka berkayuh dengan pakaian yang diselaraskan menggambarkan bahawa inilah semangat kita di mana kita adalah pewaris yang mewarisi kemerdekaan,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta kayuhan itu.

Turut hadir, Ketua Pengarah BTN, Dato’ Ibrahim Saad dan Ahli Dewan Undangan Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman.


Dalam pada itu, Ibrahim berkata tujuan program itu adalah bagi meraikan hari kebangsaan 2016 supaya setiap rakyat dapat merasakan hasil daripada kemerdekaan, mereka kini dapat hidup dengan aman.

“Jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain, mereka sedang bergelut dengan pelbagai keadaan untuk lakukan perkara yang diingini namun banyak kekangan seperti keselamatan, kegawatan ekonomi dan lain-lain.

“Kita pula di sini, awal-awal pagi berkumpul untuk melakukan kayuhan diiringi pihak berkuasa dari mula sampai akhir tanpa rasa bimbang dan ragu-ragu untuk menyertai riadah ini,” katanya.

Tambahnya, selain dari program kayuhan tersebut, BTN turut menganjurkan program seminar di sekolah-sekolah bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Selain dari seminar itu, kita juga mengedarkan Jalur Gemilang di 305 buah sekolah di seluruh Malaysia berdasarkan kemampuan dan keperluan.

“Untuk memenuhi kehendak orang muda pula, kita juga buat festival seni yang dipersembahkan oleh Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (Makum) di beberapa pusat membeli belah di sekitar Lembah Klang,” katanya.


No comments: