Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

34 Bayi Merdeka di Terengganu



Seramai 34 bayi `merdeka' dilahirkan di seluruh Terengganu sempena Hari Kebangsaan negara sehingga jam 12 tengah hari, semalam.
Kesemua bayi masing-masing 20 lelaki dan 14 perempuan dengan 21 daripadanya dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan kelahiran pertama adalah bayi lelaki seberat 2.3 kilogram pada jam 12.26 pagi.
Ibu bertuah kepada bayi lelaki itu, Ummi Atika Mahari, 23, ketika ditemui melahirkan kesyukuran di atas kelahiran anak sulungnya itu setelah setahun mendirikan rumah tangga dengan pendulang emas, Abdul Hafiz Mohamad, 31.
“Sebenarnya jangkaan kelahiran saya adalah pada Hari Malaysia iaitu 16 September, tidak sangka pula beranak awal, lebih istimewa pada hari merdeka. ‘Masin mulut’ suami yang jangkakan saya beranak pada hari merdeka.
“Harapan saya semoga dia menjadi anak yang soleh, dunia dan akhirat,” katanya ketika ditemui di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi HSNZ, Kuala Terengganu, semalam.
Tambah istimewa, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman bersama isterinya, Halina Zakaria, dengan diiringi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Omar meluangkan masa hampir setengah jam melawat dan menyampaikan cenderahati kepada ibu dan bayi merdeka di hospital berkenaan.
Seorang lagi ibu bertuah, Nurul Ilyana Mazlan, 28, dari Kampung Duyong Besar, Kuala Nerus, melahirkan bayi lelaki seberat 2.79 kilogram pada jam 12.45 pagi semalam.
Nurul Ilyana berkata, dia dan suami, Ahmad Khairul Anuar, 31, yang merupakan seorang kelindan lori, tidak menjangkakan anak ketiga mereka lahir pada 31 Ogos memandangkan tarikh jangkaan bersalin adalah 3 September nanti.
“Macam tidak percaya pula dapat lahir pada tarikh yang begitu istimewa dan bermakna ini. Apa pun saya harapkan anak ini akan menjadi anak yang berguna dan soleh serta diberikan kesihatan yang baik,” katanya.
Seorang suri rumah dari Marang, Nur Shaidatul Najwa Mohd Noor, 23, turut melahirkan bayi merdeka apabila bayi lelaki seberat 2.6 kilogram lahir pada jam 3.46 pagi semalam.
Dia bersama suami, Md Zaimi Razali, 32, nyata gembira dengan kelahiran bayi sulungnya itu dan mengharapkan semoga anak yang dilahirkan membesar dengan sihat dan baik serta menjadi anak soleh.

No comments: