Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

15 Kanak-Kanak Tadika Berjaya Daki Bukit Kapal



Walaupun terpaksa mendaki bukit yang agak curam namun 15 kanak-kanak Tadika Perpaduan Permaisuri dan Pak Kancil, Setiu mampu bersaing dengan orang dewasa untuk sampai ke puncak Bukit Kapal, Gerdong, Hulu Terengganu.
Pendakian yang bermula jam 10.30 pagi itu disertai kira-kira 200 ahli Kelab Rukun Tetangga (KRT) Setiu termasuk beberapa kakitangan jabatan kerajaan di Setiu.
Aktiviti yang memakan masa kira-kira 40 minit bermula dari Kampung Pelong itu adalah antara acara sempena Program Gegar 10,000 Langkah dan Kayuhan Merdeka Kementerian Kesihatan yang diadakan serentak di seluruh negara, semalam.
Pegawai Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Setiu, Ikhwan Hafis Akmal Hizri berkata, Program Kabat Bukit Kapal Bulan Kebangsaan sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Setiu yang dianjurkan pihaknya mendapat sambutan baik dari peserta.
"Alhamdulillah, semuanya sampai ke destinasi pagi ini termasuklah seramai 15 kanak-kanak dari Tadika Perpaduan Permaisuri dan Pak Kancil.
"Kanak-kanak tadika ini diawasi oleh guru-guru mereka dan ternyata mereka ini kental kerana untuk sampai ke tempat Batu Kapal itu perjalananya lebih 2 kilometer dan agak mencabar," katanya.
Turut hadir menyertai ekspedisi itu ialah Pegawai Kesihatan Daerah Setiu, Dr Suhaila Abdul Syukur dan Pegawai Risda Daerah Setiu, Nazihah Othman.
Ikhwan Hafis berkata, selain dapat melihat sendiri sebuah batu besar yang dikatakan berasal dari sebuah kapal terdampar di atas bukit itu pada zaman dahulu, ianya juga dapat menguji ketahanan mental dan fizikal peserta.
"Kami berada hampir satu jam di tempat batu kapal itu untuk melihat bentuk batu kapal itu yang sememangnya seperti sebuah kapal besar yang terdampar selain bergambar kenangan dan menikmati keindahan tempat itu yang juga terdapat kawasan air terjun," katanya.
Program itu mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Setiu Dan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (J3K) Pelong.

No comments: