Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

140 Ekor lembu Untuk Bahagian Kuala Nerus


UMNO Bahagian Kuala Nerus menyumbangkan sebanyak 140 ekor lembu kepada 122 cawangan dalam bahagiannya dan 18 pelbagai agensi  untuk dikorbankan pada Aidiladha ini.

Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Nerus, Mohammad Yusof berkata, program itu adalah kali ketiga diadakan, sejak tahun 2014 .

"Program kita ini adalah program agihan lembu untuk ibadah korban pada tahun ini, yang biasa kita buat dan kali ini adalah tahun ke tiga
bersama kepimpinan UMNO Bahagian menyumbangkan lembu kepada sebanyak 122 cawangan untuk dikorbankan pada tahun ini.

"Pada hari ini kita sumbangkan sebanyak 140 ekor dan termasuk akan agihkan kepada beberapa pihak selain Umno cawangan,  antaranya ialah PGA (Pasukan Gerak Am) dan Rejimen Askar Melayu (RAMD) dan lain-lain. Saya mengharapkan program ini akan berterusan kerana  ia akan dapat manfaat semua pihak," katanya.


Dalam pada itu, Naib Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus, Haji Apli Yusof yang mewakili Ketua Bahagian,  Ahmad Razif Abd Rahman mahu semua ahli UMNO Kuala Nerus bersatu dan mengelakkan perpecahan untuk mempastikan kemenangan di setiap Dewan Undangan Negeri dan Parlimen pada pilihanraya umum akan datang.

  Ketua Bahagian yang juga Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan Timbalan, Dato' Basir Ismail berada di Mekah menunaikan fardhu haji. 

"Setiap kepimpinan di peringkat cawangan perlu bekerja lebih kuat bagi menarik sokongan rakyat di Kuala Nerus ini supaya memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang," katanya sambil mengucap terima kasih atas inisiatif Ketua Bahagian dan Timbalan.



Laporan Oleh : Ruslan Abd Rahman & Aminuddin Ismail

No comments: